![]() |
Muslimat PAS telah lama bertudung |
Kita tidak tahu apakah kata-kata ini datang dari hati yang ikhlas dari seorang dai'e ataupun hujah mengelirukan dari seorang ahli politik yang mahu menunjukkan UMNO itu tidak mahu kepada Islam.
Dalam waktu-waktu mutakhir ini, bagi mereka yang mahu menerima hakikat dan berfikir secara waras, tentunya tidak menyangkal bahawa banyak perubahan telah berlaku kepada ahli-ahli UMNO terutama berkaitan pemahaman tentang Islam.
Apakah perkara ini tidak dilihat oleh pimpinan PAS sehingga mereka sanggup mendoakan kehancuran UMNO dan mengambil DAP sebagai sekutunya untuk menumbangkan UMNO. Berfikirlah secara waras dan terbuka. Seburuk-buruk ahli UMNO, majoritinya masih lagi beragama Islam tetapi sebaik-baik orang-orang DAP, majoritinya dikuasai oleh orang-orang kafir.
![]() |
Wanita UMNO sekarang ini pun bertudung |
Kalau PAS mendakwa penyertaannya dalam politik sebagai memenuhi wasilah dalam melaksanakan dakwah, mungkin kerja-kerja yang mereka jalankan selama ini telah pun menampakkan hasilnya. Kalau 10 atau 15 tahun dahulu, muslimat-muslimat PAS telahpun memahami pengertian menutup aurat tetapi hari ini wanita-wanita UMNO pun telah memahami perkara itu. Cuma bezanya lambat dengan cepat sahaja.
Tetapi bagi ahli-ahli DAP yang PAS bersetuju bersekongkol dengannya itu, apakan lebih baik penerimaannya tentang Islam jika mahu dibandingkan dengan UMNO. Berapa ramaikah ahli-ahli DAP yang telah memeluk Islam hasil kerja dakwah yang dibuat oleh PAS?
Pimpinan PAS harus melihat perkara ini secara jujur dan ikhlas. Kalau benarlah ungkapan kerja-kerja dakwah itu lebih penting, dan politik itu hanya satu wasilah sahaja dalam melaksanakan dakwah, maka pimpinan PAS dan pimpinan UMNO harus berlapang dada, duduk semeja bagi mencari jalan mempertautkan kembali hubungan persaudaraan yang telah lama renggang ini.
No comments:
Post a Comment