Wednesday, March 18, 2009

Bersihkan UMNO dari fahaman berbeza

Saya baru baca blog http://wartaselatan.blogspot.com/, cerita pasal Datuk Saifuddin Abdullah. Saya percaya ini salah satu projek kempen Datuk Saifuddin. Biasalah tu.... Cuma saya tidak nampak cerdiknya blog itu memperkatakan tentang Datuk Saiffudin.

Kalau benarlah cerita dalam blog itu, Datuk Saifuddin Abdullah anak didik Anwar Ibrahim, saya rasa perwakilan UMNO harus mempertimbangkan masak-masak untuk memberikan undi kepada beliau.

UMNO jadi rosak sekarang ini adalah kerana tidak adanya "kesatuan pemikiran" dalam parti. Sejak Anwar masuk UMNO, kesatuan pemikiran dalam UMNO telah jadi kucar kacir. Anwar telah membawa fahaman baru dalam UMNO dan fahaman itu telah tertanam dalam parti.

UMNO sejak awal penubuhannya adalah bermotifkan membela Bangsa Melayu. Sepatutnya motif ini dikekalkan kerana ianya merupakan tunggak perjuangan parti yang boleh menyatukan orang-orang Melayu.

Apabila Anwar masuk dalam UMNO, dasar perjuangan UMNO telah diubah sedikit demi sedikit. Beliau cuba bercakap dalam lingkungan yang lebih global, dimana akhirnya persoalan bangsa Melayu jadi kecil dan terpinggir.

Kita lihat parti-parti bangsa lain, walaupun mereka berbeza dari segi anutan politiknya tetapi mereka bersatu dalam hal-hal yang menyentuh bangsa mereka.

Akibat dari fahaman baru yang dibawa oleh Anwar dahulu, UMNO sekarang telah berpecah kepada beberapa kumpulan yang berlainan aliran pemikirannya. Memang perbezaan pendapat itu baik tetapi kalau perbezaan itu melahirkan kelompok dalam parti, ianya boleh membawa kepada keruntuhan parti.

Oleh itu UMNO kalau mahu terus menjadi wadah perjuangan orang-orang Melayu, ianya mesti kembali kepada perjuangan asal iaitu membela bangsa Melayu. Apalah gunannya kita bercakap soal yang global tetapi bangsa Melayu merempat di negeri sendiri.

Datuk Najib harus melihat perkara ini secara serius apabila menjadi PM nanti. Bersihkan UMNO dari golongan yang membawa aliran pemikiran baru yang boleh mengancam kesetabilan UMNO.

No comments:

Post a Comment