Friday, January 30, 2009

Belayarnya Bahtera Merdeka

Ku layarkan bahtera merdeka
Mengharung lautan yang sedang gelora
Anak bangsa ku harus dibela
Agar tidak dimamah usia.

Ku serah raga, ku banting tenaga
Nasib bangsa ku tetap ku bela
Walau yang datang beraneka bangsa
Jasad ku galang menebus pusaka

Walau kau datang beraneka bangsa
Akan ku tentang di mana jua
Pesan bonda tidak ku lupa
Tidak kan Melayu hilang di dunia.

2 comments:

  1. Tahniah kerana terjun kedalam dunia blogging. Semangat keMelayuan begitu terserlah.

    ReplyDelete
  2. Bahtera Merdeka,
    Selamat datang ke dunia maya yang penuh kebebasan. Luahkanlah isi hati anda semahunya. Terima kasih kerana mengikuti blog saya.

    ReplyDelete